“Muka macam Myanmar, tak tahu la sampai bila nak membujang” – Kisah hidup, suka duka ‘Ustaz Hamadi’

Sedang hangat dan menjadi trending menerusi watak Ustaz Hamadi dalam drama bersiri Nur 2 di kaca televisyen sekarang, pelakon Azhan Rani sedikit pun tidak berasa terkesan dengan variasi perhatian hebat peminat terhadap impak lakonannya.

Lawak pun ada, rasa sedih pun ada. Pelakon  berkarakter, Azhan Rani telah berkongsi satu pengalaman yang kelakar sepanjang penglibatannya dalam industri lakonan lebih sedekad yang lalu.

Menerusi laman Instagramnya, pemegang watak Kamil dalam drama Dekatkan Jarak Kita ini menceritakan pengalamannya yang hampir ditahan polis kerana dianggap sebagai pendatang asing.

Menurut Azhan, dia berlari-lari untuk berteduh dari hujan di sebuah bengkel berdekatan dengan rumahnya sebelum tiga anggota polis mendekatinya.

Salah seorang anggota tersebut meminta Azhan menunjukkan pasport serta kad pengenalannya.

“Baru sebentar ditahan tiga anggota polis ketika berlari berteduh dari hujan ke bengkel depan rumah. Minta pasport?

“Aku tanya kenapa. Lepas tu dia terkejut dengan Bahasa Melayu aku dan minta kad pengenalan pula,” tulisnya di laman Instagram.

Azhan kemudiannya disoal siasat oleh anggota polis tersebut sehinggakan pelakon 41 tahun ini seakan blur tidak tahu menjawab apa.

“Aku tanya kenapa nampak muka saya macam Myanmar ke? Diam sekejap, dia tanya lagi kerja mana?

“Aku jam nak jawab aku kerja dekat mana. Aku bukan ada pejabat pun,” tulisnya lagi.

Kemudian, salah seorang daripada mereka mengenalinya sebagai pelakon yang pernah bergandingan dengan Ayda Jebat dalam drama Dekatkan Jarak Kita sebelum mereka momohon maaf.

“Ini bukan yang berlakon dengan Ayda Jebat semalam ke? Aku diam saja. Lepas itu, baru mereka salam.. Minta maaf bang,” ceritanya.

Mungkin disebabkan pelik dengan apa yang baru terjadi, Azhan bertindak berswafoto dan mengakui mukanya memang seakan orang Myanmar selepas melihatnya.

Kata pelakon ini lagi, mukanya seakan terbakar kerana terlibat dengan pengambaran filem Kalla yang menuntutnya beraksi di bawah terik matahari.

Agak kelakar juga kisah yang diceritakan Azhan ini. Namun, pengikutnya di laman sosial itu sentiasa memberi sokongan serta menyatakan lakonannya tetap ‘hidup’ dan memuji dirinya kerana menjadi diri sendiri.

Kisah Hidup

Azhan bin Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai Azhan Rani (lahir 24 Januari 1976) merupakan seorang pelakon yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan menerusi drama radio, beliau terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.

Azhan dilahirkan pada 24 Januari 1976 di Tanjung Karang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Kubu Bharu. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Rani Sabri dan Salmah Budin. Bapa beliau, Abdul Rani Sabri meningal dunia pada 21 Ogos 2016 pada usia 71 tahun akibat penyakit sesak nafas.

Azhan masih membujang dan belum berkahwin, beliau bagaimanapun tidak tertekan jika ditanya tentang soal berumahtangga. Selepas bapanya meninggal, Azhan menumpukan sepenuh perhatian kepada ibunya.

Penglibatan pertama Azhan dalam bidang seni ialah menerusi drama radio bermula pada 2004, ketika berusia 28 tahun, di mana ketika itu hasrat beliau sekadar ingin mencuba dan mengetahui bagaimana drama radio dilakukan.

Sepanjang tempoh itu, beliau telah menjayakan sebanyak 100 drama radio. Penerbit drama radio RTM, Zuraida yang ketika itu kebetulan datang menonton teater lakonan beliau, Lantai T Pinkie. Beliau pertama kali tampil bergandingan bersama pelakon berpengalaman Jalaluddin Hassan.

Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan. Pada tahun 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan Raja Lawak, KL Zombi. Beliau turut membintangi dua lagi filem yang ditayangkan pada tahun sama, Aku Pilih Kamu dan Kolumpo.

Azhan memegang watak sebagai A. R. Tompel dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Biduanita Negara Puan Sri Saloma.

Beliau muncul bersama Ayda Jebat dan Syafiq Kyle dalam drama Dekatkan Jarak Kita yang bersiaran di TV3. Azhan memegang watak sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli yang bersiaran di TV3 sepanjang Ramadan 2018. Azhan muncul dalam filem Kalla: Hidup Atau Maati arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang ditayangkan pada Oktober 2018.

Drama Nur 2 yang kini ditayangkan TV3 menjadi trending kerana menampilkan pengisian kisah percintaan dan rumah tangga di antara seorang ustaz dengan seorang bekas pel4cur. Selain Azhan, naskhah arahan Shahrulezad Mohameddin itu turut dibintangi Amyra Rosli dan Syafiq Kyle.

Biarpun baru memenangi kategori Antagonis Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019), Azhan Rani menganggap ia kerana tempias daripada drama Nur.

“Bersyukur sebab akhirnya nama sebegini lepas juga untuk anugerah yang sangat besar seperti ini.

“Ini adalah anugerah popular, mungkin sebab saya terselit dalam karya kesayangan Malaysia, maka saya dapat tempiasnya, bukan Azhan Rani yang popular tapi karya,” katanya.

Apatah lagi pemain watak Ustaz Hamadi melalui drama Nur dan Nur 2 itu agak skeptikal jika ada anugerah yang memerlukan artis untuk berkempen.

Dia mengakui tidak pernah berkempen untuk menang kerana beranggapan mereka yang berkempen tidak akan menonton sebuah cerita sudah lepas kecuali ada kekuatan peminat.

“Cuma saya harap selepas kejayaan Nur dan kini Nur 2, jangan ada lagi Nur 3. Biarlah apa yang ada jadi kenangan manis buat kami.

Sumber dari Buah Kurma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *