Menakjubkan! 5 Haiwan Yang Pernah Dihantar Ke Angkasa Lepas Untuk Kajian Sains

Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi ada kala haiwan juga dilancarkan ke angkasa lepas untuk kajian sains. Contohnya negara Amerika Syarikat, China dan Russia yang berlumba-lumba untuk melancarkan eksplorasi ke angkasa lepas. Mari kita lihat 5 haiwan ini yang dilancarkan ke angkasa lepas!

 

Anjing yang bernama Laika ini merupakan haiwan yang pertama yang dilancarkan ke orbit angkasa lepas. Laika adalah anjing jalanan yang dibawa ke  USSR untuk membuat kajian. Malangnya, Laika tidak dapat selamatkan diri dan mati di angkasa lepas.

 

Haiwan katak ini kerap dihantar ke angkasa lepas untuk kajian. Sebagai rekod, puluhan katak dihantar ke angkasa lepas tetapi satu katak ini mendapat perhatian netizen  kerana gambarnya seolah-olah sedang terbang ketika roket itu meletup.

 

Monyet yang bernama Albert ini merupakan monyet yang pertama yang dilancarkan ke angkasa lepas. Malangnya, Albert mati kerana lemas dalam roket.

 

Ikan jenis Medaka ini menjadi pilihan saintis kerana kulitnya yang transparen dan memudahkan saintis untuk melihat pergerakannya dalam kamera. Walaupun ikan ini hidup dalam air, ia boleh merasai gegarannya dan berkelakuan pelik seperti berenang sambil berputar.

 

Anda pasti tidak berasa pelik apabila tikus disenaraikan dalam list ini. Tikus telah digunakan untuk menguji sejenis protein yang dipercayai mampu melambatkan penuaan tulang. Kajian ini sangat penting untuk mencari penyelesaian masalah tulang.

 

SHAREKAN INFORMASI INI SEKIRANYA IA BERFAEDAH UNTUK ANDA 🙂

CREDIT TO ILUMINASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *