Menakjubkan!! 11 Perkara Pelik Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kucing!

1) KUCING BERPELUH MELALUI TAPAK KAKINYA

Seperti mana yang anda tahu, badan kucing dipenuhi dengan bulu. Jadi mereka tidak berpeluh dengan banyak. Apabila kucing itu panas atau dalam ketakutan, mereka akan berpeluh melalui tapak kakinya. Kucing akan menyejukkan diri dengan menjilat bulunya.

 

2) SEKUMPULAN KUCING DIPANGGIL “CLOWDER”

Sekumpulan kucing yang menyukai seafood pula dipanggil “New England Clam Cloder”.

 

3) DENGKURAN KUCING BOLEH MEMULIHKAN TULANGNYA

Ini mungkin fakta yang paling pelik tetapi ialah benar. Kucing berdengkur dari 125 hingga 150 Hz dan ia merupakan frekuensi di mana tulang membesar dan membaik pulih.

 

4) KUCING BOLEH MINUM AIR LAUT

Sekiranya anda sesat di pulau, jangan anda sesekali minum air laut kerana ia akan membawa maut. Bagi kucing pula, kucing boleh minum air laut seperti air biasa kerana ginjal mereka mampu menapis semua garam yang terkandung.

 

5) KUCING TIDAK BOLEH MERASAI KEMANISAN APABILA SEDANG MAKAN

Mungkin inilah penyebabnya kucing marah sepanjang masa hahaha..

 

6) KUCING MAKAN RUMPUT UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES MUNTAH

Jika kucing anda mula makan rumput di taman, janganlah risau. Ia merupakan perkara normal bagi mereka.

 

7) DISNEYLAND MEMBELA 200 KUCING

Sejak tahun 1955, Disneyland membela kucing untuk menangkap tikus yang berkeliaran di sekitar tempat tersebut. Cara ini memudahkan kerja mereka untuk tidak membunuh tikus-tikus yang membahayakan kesihatan. Hal ini menyusahkan pekerja yang memegang watak Mickey dan Minnie.

 

8) KUCING MEMBERIKAN ANDA TIKUS YANG DIBURUNYA KERANA IA FIKIR ANDA TIDAK BERUPAYA UNTUK MEMBUNUH TIKUS

Walaupun kucing ialah haiwan jinak, namun ia masih ada aura untuk memburu. Di hutan, mak kucing akan mengajar anaknya untuk memburu dengan cara membawa haiwan yang tidak bernyawa. Jika kucing anda asyik melakukan perkara yang sama, maksudnya ia sedang mengajar anda untuk memburu. Kucing tidak mengetahui bahawa tikus bukan makanan anda.

 

9) SETIAP HIDUNG KUCING ADALAH UNIK. SAMA SEPERTI CAP JARI MANUSIA

Terkejut la tu tengok gambar hahaha.. Anda boleh bayangkan betapa huru-haranya apabila kucing polis hendak menyiasat kucing yang mencuri. .

 

10) KUCING YANG SIHAT BOLEH JATUH SAKIT JIKA RUTIN HARIANNYA TERGANGGU

Kucing yang sangat sihat boleh muntah, kurang makan dan membuang air besar di luar kotak sekiranya ada perubahan drastik. Oleh sebab itu, jika anda berpindah ke rumah yang baru, hias rumah seperti rumah lama anda.

 

11) MISAI KUCING BUKAN HANYA COMEL TETAPI PENTING BAGINYA

Jangan sesekali memotong misai kucing anda. Misai kucing mempunyai saraf ketakutan. Misai tersebut juga membantu kucing untuk mengesan perubahan di persekitarannya. Sekiranya anda memotong misai kucing, kucing anda akan selalu berada dalam ketakutan. Impaknya, anda akan selalu kena cakar.

 

Itu sahaja daripada saya.. Sekian,

terima kasih!

 

SHAREKANLAH kepada kawan-kawan anda kerana fakta-fakta ini bermanfaat untuk semua 😉

CREDIT= FB-NUR IZZATI BATRISYIA

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *