KISAH SEDIH SASHA..

Sasha merupakan seekor kucing yang berani dan suka bersosial. Sasha banyak kali dihantar pergi dan pulang dari rumah penjagaan ke klinik penjagaan kerana Sasha kurang gemar untuk makan. Pekerja di klinik haiwan mula rapat dengan Sasha kerana personalitinya yang suka bermain dan manja. Sekiranya orang lalu di sebelah, dia akan pergi ke orang itu untuk mendapat belaian. Namun, Sasha masih tidak suka untuk makan.

Kucing adalah antara haiwan yang unik. Apabila kucing tidak makan, badan mereka menghantar lemak ke hati dan badan mereka tidak dapat menampung itu. Inilah penyebab berlakunya kanser hati. Badan kucing yang berwarna putih atau merah jambu akan bertukar warna menjadi kuning. Pekerja-pekerja sedar akan perubahan itu tetapi kucing itu masih dengung apabila dibelai.

Walaupun berkali-kali diberi rawatan, Sasha masih tidak lagi berubah. Penyakit itu membuatkannya senyap dan tidak suka bergaul. Pekerja-pekerja di sana tidak mempunyai pilihan lain untuk merawatnya. Lalu Sasha diberikan suntikan yang membuatkannya tidur buat selama-lamanya. Kematian Sasha ini menyedihkan para pekerja kerana Sasha berusaha untuk mendapatkan perhatian. Sasha hanya berumur 2 tahun setengah. Sesetengah orang memberi belaian tetapi yang lain hanya menjeling.

 

Terlalu banyak kucing yang menagih kasih sayang dan perhatian yang membuatkan Sasha berputus asa dengan kehidupan. Lalu Sasha kurang berminat untuk makan dan berhenti makan. Harapan Sasha sudah mati walaupun ketika Sasha masih hidup.

 

 

CREDIT TO KATIE’S PLACE ANIMAL SHELTER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *