Cis! Jiran Aku Pembenci Kucing!!

Setiap kali keluar rumah ada je penyakit dia. Aku sedang bercerita tentang jiran sebelah. Kalau kamu semua nak tahu, dia punya kejahatan tu kalah iblis tau tak!!! Meh aku ceritakan salah satu kejadian yang pernah berlaku.

Pada suatu hari, aku baru sahaja dari keluar rumah untuk pergi ke tempat kerja. Aku terkejut bila jiran aku sedang menendang seekor kucing. Aku cuba untuk hentikan dia tetapi jiran aku tu jenis yang membalas dendam. Kalau tegur je dia.. mula la jeling jeling, bergossip dan paling teruk, pecahkan cermin kereta. Masalahnya, dia pukul tanpa sebab.. just for fun.

Orang sekeliling pun dah give up dengan jiran tersebut. Ada orang kata.. dosa dia, dia tanggung sendiri tapi kesian la kat kucing-kucing yang menjadi mangsa dia. Allahu, tak tahu nak buat apa :’)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *