BUDAK 4 TAHUN CAMPAK TELEFON BAPA DALAM LAUT SEBAB INI

 

SEORANG bapa perlu akur apabila anak perempuannya yang berumur empat tahun membuang telefon pintarnya ke dalam laut.

Semuanya gara-gara dia menghabiskan masa terlalu lama dengan telefonnya.

Penyanyi rap Timati, 34, sedang bercakap telefon di atas kapal layar manakala anak perempuannya Alisa cuba mendapatkan perhatiannya.

Alisa kemudian mengambil telefon itu dari tangan bapanya, berpaling dan melemparkannya ke dalam air.

Ada yang berpandangan Alisa adalah anak yang terlalu dimanjakan manakala ada juga yang menganggap Timati harus memberi perhatian lebih kepada anak perempuannya itu.

Kumpulan ketiga percaya bahawa video itu dirancang dan bukan anak perempuannya yang menjadi pencari perhatian, sebaliknya penyanyi rap dari Rusia itu yang mahu mencari publisiti.

Timati bertindak terjun ke dalam laut untuk cuba mengambilnya dan ada yang menganggap keseluruhan kejadian itu hanya dibuat untuk rakaman.

Timati telah berkongsi rakaman itu di Instagram, yang mencetuskan perpecahan pendapat tentang apa yang berlaku.

Sesetengah penonton menyalahkan ibu bapa kerana tidak mengajarnya menghormati orang tua sementara yang lain berpendapat klip itu dirancang.

Selain kerjayanya sebagai penyanyi rap, Timati juga merupakan ahli perniagaan yang mempunyai pakaian, restoran dan kedai tatunya sendiri.

Sementara itu, ibu Alisa pernah menjadi model peragaan fesyen dan untuk majalah Maxim.

Alisa adalah anak perempuan Timati dengan bekas teman wanitanya, model glamor dan ratu cantik, Alena Shishkova, 24. -MetroUK

sumber: mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *