Aku Sudah Terlambat..

Dalam perjalananku ke kedai runcit, aku ternampak seorang wanita sedang bermain dengan seekor kucing di tempat parking kereta. Apabila aku mendekatinya, aku terkejut kerana sebenarnya dia bukan sedang bermain. Anak kucing yang berwarna oren itu lumpuh kakinya dan kelihatan sedang terseksa. Seorang wanita yang bernama Nadia itu cuba untuk memberi minum dan makan. 

Nadia memberitahuku bahawa dia telah menghubungi SPCA tetapi ia mengambil masa yang lama. Aku memberitahu kepada Nadia klinik haiwan yang berdekatan tetapi dia tidak mempunyai kereta. Setelah berbincang, aku ditugaskan untuk lari ke rumah, membawa kotak dan kucing itu ke klinik haiwan. Aku mengalami sedikit dilemma apabila aku terlupa pasal kotak dalam perjalanan pergi.

Aku tiba di tempat kejadian dan berasa pelik apabila tempat parking itu menjadi kosong. Aku mula mencari dan berjumpa dengan seorang pekerja yang sedang memegang kotak. Dia memberitahu kepadaku bahawa kucing oren ini tidak bernyawa lagi. Aku cuba menguji pernafasan kucing itu tetapi betul kata pekerja itu. Aku berasa sangat bersalah kerana kucing itu masih boleh hidup sekiranya aku pergi ke kedai runcit dengan kereta.

Aku memberitahu kepada pekerja itu untuk menghubungi pihak berkuasa berdekatan lalu aku pergi ke tandas untuk membasuh tangan. Aku berlari ke pekerja itu dan berasa runsing apabila dia tidak lagi memegang kotak tersebut. Pekerja itu memberitahu bahawa pemilik kucing itu muncul dan mengambilnya. Dia menjelaskan bahawa pemilik kucing itu mahu pergi ke Starbucks dan meninggalkan kucing itu di luar buat sementara.

 

 

Aku tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan kerana tidak masuk akal langsung! Siapa je tergamak nak tinggalkan kucing sorang-sorang kat luar sampaikan tercedara teruk! Aku sudah kehilangan banyak kucing dalam hidupku dan ingatkan aku boleh menyelamatkan kucing ini tetapi sekali lagi aku terlambat.. Aku berharap cerita ini dapat memberikan pengajaran untuk orang ramai..

 

CREDIT TO CHRISTOPHER L. BENNETT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *