Aku hanyalah kucing yang tinggal di jalanan. Keji sangatkah aku ni? Apa salahku?

Kakiku yang bengkok menyukarkan diriku untuk berjalan seperti biasa. Salah siapa? Salah manusia. Hari yang tenang itu menjadi hari yang paling gelap bagiku apabila sebuah kereta melanggar tanganku. Darah mula memancut dan aku berlari ke tempat yang sunyi.

Kejadian yang tidak diduga itu membuatkan diriku berasa panik dan resah. Aku tinggal bersendirian buat beberapa hari hingga seorang pemuda datang mendekatiku. Raut wajahnya yang penuh dengan simpati tidak akan dapat membuka hatiku kerana dia ialah manusia. Aku mula berlari dalam ketakutan dan dikejar oleh pemuda itu. Nasib tidak menyebelahi kerana pemuda itu dapat menangkapku. Aku dihantar ke klinik haiwan dan kesakitanku telahpun berakhir. Aku bangun dari tidur dan menyedari bahawa kakiku yang bengkok itu sudah hilang. Aku menjadi kucing yang tempang disebabkan oleh manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *