5 Sebab Utama Anda Perlu MEMANDULKAN Kucing Anda!!

1. Mengelak penyakit berbahaya – Kucing betina pula akan mengalami keradangan puting susu, kanser pada peranakan dan jangkitan PYOMETRA. ( Pyometra bermaksud nanah yang terkumpul dalam rahim kucing betina. Rahim perlu dibuang dengan segera atau akan menyebabkan kematian ) – Simptom-simptom yang akan berlaku ialah tiada selera, lemah, asyik muntah dan keluar cecair pekat warna kuning dari kemaluan.

2. Mengurangkan pembiakan tidak terkawal. – Sekiranya tempoh bunting kucing anda terlalu SINGKAT dan mempunyai bilangan anak yang TERLALU BANYAK, akan berlakunya pembiakan tidak terkawal. – Kesan negatif yang akan berlaku pada anak- anak kucing itu adalah pembuangan anak kucing, penderaan, penangkapan dan pelanggaran.

3. Mengawal sifat agresif kucing on-heat – Kucing tidak lagi akan merayau. Selepas pemandulan, kucing sudah tidak lagi cenderung untuk keluar merayau mencari pasangan dan dapat mengurangkan risiko terdedah kepada bahaya dunia luar. – Kucing tida lagi bergaduh . Kucing akan merasai seperti tiada lagi keperluan untuk bertindak agresif dan bergaduh untuk memilih pasangan. – Kucing tidak akan memancut. Cara pemandulan boleh mengurangkan sifat suka memancut merata di rumah jiran. – Tidak akan membuat bising untuk memanggil kucing betina yang boleh menyebabkan ketidakselesaan penduduk.

4. Mengurangkan kos merawat dan kos penjagaan kucing – Sebagai seorang pemilik kucing, anda tidak perlu lagi risau tentang kos merawat kucing anda yang ditimpa sakit. – Contohnya jangkitan penyakit dari kucing lain, pergaduhan, penderaan, keracunan dan pelanggaran.

5. Meningkatkan kualiti hidup kucing anda. – Lebih relax dan semakin manja. – Badan lebih gebu. – Taraf kesihatan anak. – Kehidupan seharian kucing tidak terjejas. – Makan dan minum seperti biasa. – Bermain dan aktif seperti biasa.

 

CREDIT TO TUAN ABAM CEDRIC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *